Archive for 12/15/11
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga. Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut?.
Misteri Jalan Lama (2011)
Full View
Labels:
Misteri Jalan Lama (2011)
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu.
Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga. Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu.
Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut?.